Wednesday 11 January 2012

SENYUM PISANG

SEORANG pemuda bertemu seorang ustaz untuk meminta nasihat.


Pemuda: Ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh.Sampai sekarang saya belum ada kekasih.

Ustaz: Perempuan yang macamne yang kamu idamkan?


Pemuda: Saya mahukan gadis yang cantik, tinggi,kurus, kulit putih dan mencintai saya sepenuh hati.


Ustaz: Oh, kalau begitu kamu harus ikut petua 3B. Pertamanya ialah BERUSAHA.


Pemuda: Sudah berusaha ustaz.Merata tempat saya pergi cari perempuan. Tapi....letih saje,seorang pun xdapat.


Ustaz: Kalau begitu kamu buat B yang ke 2,iaitu BERDOA dan BERPUASA.


Pemuda: Itu pun saya dah buat ustaz. Lepas sembahyang saya akan berdoa. Setiap ari isnin dan khamis pula.
 saya akan berpuasa.


Ustaz: Kalau itu pun kamu dah buat, nampaknya kamu sangat perlukan B yang ke 3.


Pemuda: Apa dia ustaz?

Ustaz: Errrr...Kamu perlu  BERCERMIN DIRI....

No comments:

Post a Comment